Projek Komuniti Tagging Journaling al-Quran

REBUT PAHALA BERLIPAT KALI GANDA DENGAN BERKONGSI REZEKI
Nak pahala berlipat kali ganda seperti yang disebutkan dalam Surah al-Baqarah ayat 261?
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."
Kami dari pasukan Tagging Journaling Al-Quran menyediakan peluang dan ruang untuk anda sama-sama menjayakan Projek Komuniti berkongsi rezeki berbentuk JURNAL TADABBUR QURAN kepada insan yang memerlukan dan tidak berkemampuan memilikinya.
Tujuan projek komuniti ini dijalankan adalah untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan agar dapat peluang mempelajari al-Quran melalui refleksi dan mencatatkannya di dalam buku jurnal tadabbur quran.
Sumbangan yang disalurkan adalah berbentuk buku Jurnal Tadabbur Quran.
Sasaran golongan yang kami akan bantu:
✅ Golongan asnaf
✅ Anak-anak yatim
✅ Ibu ibu tunggal
✅ Pelajar-pelajar tahfiz
✅ Penduduk PPR (kaum wanita)
✅ Golongan yang kurang berkemampuan
Jom kongsi rezeki serendah RM10/SLOT sahaja.
Sila letakkan reference "projekkomuniti"
Semoga menjadi saham akhirat anda yang bermanfaat dan diterima Allah.
Hubungi Team kami disini: 



.jpg)








BATCH 3 : Bengkel Tagging Journaling Al-Quran bersama pelatih & penggerak Rumah Perlindungan Wanita Bayt Al-Rahmah. 18 Okt 2022.

BATCH 4 : Bengkel Tagging Journaling Al-Quran bersama pelajar Maahad Tahfiz Baitul Ehsan Kuala Lumpur. 28 Jan 2023.

BATCH 5 : Bengkel Tagging Journaling Al-Quran bersama Kelab Remaja Islam Kajang. 2 April 2023.